Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Nyam

 Salam :)

Burp. Alhamdulillah. Baru sudah dinner. Kenyaaangg. Menu malam ni ikan sweet sour and tempe goreng. Simple je, tapiiiii.. Sedapppp!

So Ive always been a tempe-fan sejak bila I dont know. So bila pegi Giant mesti cari tempe. Bila jumpa macam anak jawa yang dah lama tak makan tempe je. =.= Dulu time kat uni kalau cafe buat tempe sure amik. Banyakkk gilaa. Sampai nak jeluak. Hahaah. Tamak halobaaa.

tempe. sedapnye....

Nasi ayam penyet.. Rindu..

Pics from Google
The next pic is Nasi Ayam Penyet. Nope I havent had this for more than a year. Sadis. Dulu masa kat Jakarta kalau boleh nk makan every day. Waroeng tu pun nama dia Hari-Hari. Tapi malu kot kat abang2 kedai tu, mestila diorang ingat kitorang ni doyannnn gilaaaa kat NAsi dia. Tapi memang sedap pun!! Rp 10,000 sahaja atau bersamaan RM3.50. Kalau tambah tempe Rp 12,000 per porsi. Tak la cantik macam ni nasi dia. Nama pun waroeng. Tapi memang KAW. Cili hijau dia.. Perghhh meletop BLA BLA BLA(macam iklan Celcom pls). Btw yang habuk2 lps goreng tu kat sana dia dipanggil Kremes. Kat Malaysia saya tak pernah try lagi, but I guess tak mungkin kot RM3.50 sepinggan. Kan? Setiap kali lepas makan ni sure perut panas, badan peluh2. Macam eksesais baekkk punya. Seriously I miss that place. 

Area Jakarta Barat yang saya pernah duduk tu memang banyak universitas, so banyak la rumah2 yang disewakan untuk student, atau dipanggil kost kat sana. So bila banyak kostan2 ni, secara automatik banyak kedai2 makan yang harganya di cater untuk students. Kalau rasa  nak makan banyak boleh makan Gurame goreng sorang2, around Rp 13,000 for ikan and nasi and sambal. Tu dah kira macam WAW sebab Gurame tu cukup kalau 2 orang makan HAAHA. Saya memang habiskan banyak duit untuk beli jajan dengan air macam Pocari Sweat dgn Aqua. Cirit birit la katekan.. Hahaha

So feeling2 rasa nak makan ayam penyet.. Helpppp. 

Regards, Qila

Wednesday, September 1, 2010

Dah tak mengidam dah!

Salam :)

Hehehe. Mengidam apa agak2 korang? Heee. Saya mengidam TOMYAM AYAM sebenarnyaaa! Untuk sesiapa yang mengenali saya sepanjang 4 tahun sesi bersekolah di Perlis, mesti tau saya hantu tomyam ayam. Dan bagi saya penanda aras sesuatu kedai tu sedap ke, tak sedap ke adalah tomyam ayam dia. So 4 tahun kat sana memang heaven tomyam laa, sebab kedai makan semua plus minus mesti ada tukang masak Thailand. So tomyam sana memang superbb perghh berasap gilaa. And yang palingggg saya suka order jugak adalah Nasi Goreng Tomyam. Perghsss. Sedaps siots.

So hari ni sebab dah terbayang2 bau, tekstur dan kepedasan tomyam saya telah decide nak masak ayam goreng tomyam. Cubajaya gila sebab tak penah buat oke. Kat Trg ni tak pernah lagi jumpa nasi goreng tomyam atau ayam goreng tomyam ni. Kalau order sure dia bagi nasi goreng + tomyam. Pastu nak suruh bayar harga 2 meal tu. Huaaa nangis. Boleh sampai rm8 bai. Gila apa. Huuu.

So ni resipi nak buat ayam goreng tomyam. Serius sedap. Spesel untuk orang yang tak berapa suka kuah atau sup2, tapi sukaaaa tomyam :D bukan macam Cik Has ye, dia memang hantu sup. Hee :D

Ayam Goreng Tomyam

Bahan2
500gram-600gram ayam
3-4 sudu pes tomyam apa2 brand
6-7 cili padi, diketuk
1 batang serai, hiris
1 1/2 bawang merah, hiris
2 bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
1 sudu gula
1 batang carrot, potong panjang2
2 tomato saiz kecik, potong 6
Daun limau purut 4-6 helai
Air secukupnya
Minyak masak untuk tumis
Garam kalau perlu (saya tak masukkan sebab dah cukup masin pes tomyam tu)

Cara2 :
1.Tumis bahan yang dihiris dalam minyak sampai naik bau. Lepastu masukkan pes. Masak sampai pes tu dah pecah minyak. Masuk cili padi.
2.Masukkan ayam, tambah air sikiiiit je supaya ayam tu boleh masak slow2. Tutup periuk sementara tu. Campur kan carrot atau veggie lain macam bunga kobis/ baby jagung etc. Tambah gula.
3.Masak sampai air ayam tu dah kering and ayam masak. Rasa sikit oke tak. Kalau tawar tambah garam.
4.Hiris daun limau purut and tabur. Masukkan tomato.
5.Kacau sampai semua sebati then tutup api.
6.Serve dengan nasi panas. Nyamm!


sedapp :D

Tadi buat ayah cakap pedas, tapi anak ayah yang sorang ni memang fav dia pedas he he he. Tu x blend lagi cili2 nya. Kalau blend konfirm semua telinga berasap. Kalau dah takde idea boleh la try resipi ni. Sekarang ni dah last2 ramadhan ibu pun dah takde idea, so Qilah to the rescue. Macam2 resipi try wakaakaka.

Oke dah tak ngidam dah. Senyum lebar oke~! :DD

p/s : Takziah kat fam Gee atas pemergian Toksu nya. Al-Fatihah.

Regards, Qila

Friday, August 27, 2010

Sharing is Caring #1

Salam :)

Hari ni kita share resipi yang simple tapi sedap ni oke? :)

Aiskrim Goreng

Bahan-bahan:
 * 10 keping roti putih
* 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak 

Cara-cara:
 1. Lembabkan roti dengan air 
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar). *some tips, tekan-tekan sikit hujung roti tu pakai air so dia melekat xtra kuat lepas kapitkan aiskrim tu! :) pastu pakai tupperware bulat pun boleh, tekan kuat2 atas roti then potong sekeliling tupperware pakai pisau, baru kapitkan dia
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas. *tips nak tau minyak panas, tunggu sampai kuar asap. HAHAHA

Source :)

selepas diwrapping dengan cling wrap


So dah cuba resipi ni. Menjadi! Tak sempat amik gambar after goreng sebab terus kena ngap dengan ibu and ayah heheeh. Goreng tu tak sampai 1 min pun sebab minyak panas.. Suka sangat sebab boleh buat. Hehehe. Abes laa lepas ni roti semua berlubang kat tengah hahhaah.

Selamat mencuba ye! :)

Regards, Qila