Salam :)
Hari ni kita share resipi yang simple tapi sedap ni oke? :)
Aiskrim Goreng
Bahan-bahan:
* 10 keping roti putih
* 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak
Cara-cara:
1. Lembabkan roti dengan air
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar). *some tips, tekan-tekan sikit hujung roti tu pakai air so dia melekat xtra kuat lepas kapitkan aiskrim tu! :) pastu pakai tupperware bulat pun boleh, tekan kuat2 atas roti then potong sekeliling tupperware pakai pisau, baru kapitkan dia
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas. *tips nak tau minyak panas, tunggu sampai kuar asap. HAHAHA
Source :)
![]() |
| selepas diwrapping dengan cling wrap |
So dah cuba resipi ni. Menjadi! Tak sempat amik gambar after goreng sebab terus kena ngap dengan ibu and ayah heheeh. Goreng tu tak sampai 1 min pun sebab minyak panas.. Suka sangat sebab boleh buat. Hehehe. Abes laa lepas ni roti semua berlubang kat tengah hahhaah.
Selamat mencuba ye! :)
Regards, Qila

