Monday, June 21, 2010

Sejuks

Salam. :)

How was your day? Mine? Hehe, was pretty fun :) Seperti biasa penuh dengan makanannn. Nasi kandar yang sedap, kemudian Donashi Big Apple yang super comel, petangnya Nasi Goreng Tomyam dan sebentar lagi, melantak Donashi yang masih ada sisa beberapa ketul. Nyummy. Thanks Gee, sudi melayan nafsu makan seorang raksasa yang sedang memerlukan tenaga *awak tau maksud saya  :)*

Kelas..  Hm nothing to say. Selepas kecewa dan sedih saya dengan penga'acceleration' tarikh exam, saya mula tawar hati. Pada semua yang berkaitan dengan uni ini. Entah lah, berharap rezeki ada di sini, nampak macam kelam.. Tapi saya tahu, berkat usaha saya dan doa ibu dan ayah, anak mereka yang sorang ni takkan mengecewakan. I'Allah.

Pulang dengan hati yang senang, sebab masalah kewangan dah berjaya diatasi, terima kasih kpd ibu dan ayah, dan juga elaun belajar waktu cuti. Lapang la sikit dada nak belanja.. especially untuk MAKAN hahhaha.

Dan tak ada ucapan selain terima kasih, terima kasih dan terima kasih boleh diucapkan kat ibu dgn ayah sebab buat satu impian saya jadi kenyataan. Qila janji jaga Cucoq baik2. Cucoq akan diperkenalkan selepas saya sendiri dah tengok dia. Cucoq adalah motivasi, dan salah satu responsibility saya sebagai seorang yang dewasa. Hanya orang dewasa berani pikul tanggungjawab, dan saya rasa dah bersedia. Sekarang tugas saya adalah untuk mencari duit untuk Cucoq, ibu dgn ayah dan untuk KAWEN :)

Saya tak gatal, saya cuma realistik. Kalau tak dari sekarang, bila lagi? Semua benda perlu duit, dan saya nak bersedia dari awal. Terlebih takpe, terkurang payah. Bagi saya majlis sehari saya tak apa kecil-kecilan, yang penting orang2 tersayang dapat meraikan saya. Kad dah jimat, sila RSVP je nanti kat Facebook. Hahaha. Realistik itu wajib, dan bersederhana sentiasa menjadi pilihan. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dijadikan jodoh saya dengan pilihan hati :)

Sejuk, perlu blanket yang tebal seperti kat rumah. Tapi yang ada cuma blanket Malaysia Airlines yang dicilok 2 tahun lepas. Hee. Asal boleh lah. Kemungkinan untuk saya bergulung awal pada malam ini, adalah tinggi.

Dengan itu, good nite, loves.

Regards, Qila

No comments:

Post a Comment

So, tell me what you think.