Salam :)
Dulu masa sekolah saya pernah jadi prefect. Pakai baju hijau, kain hijau, tudung hijau. Lain dari kawan2 yang pakai baju putih, tudung putih dan kain biru. Rasa special. Bila pulak diberitahu yang pakai baju hijau ni adalah yang terpilih. Diberi pulak kuasa untuk ambil nama, beri hukuman, menakut2 kan junior. Power is addictive you know?
Tu masa kecik tu. Dah pandai nak gunakan kuasa. Apatah lagi kalau dah besar. Kat univesiti tak ada pengawas. Nobody controls nobody. Level yang ada cuma pelajar, juruteknik, pelatih vokasional (PLV), jurutera mengajar dan pensyarah. Semakin tinggi hierarki, pasti makin banyak kuasa, kan? Tapi macam mana kita gunakan kuasa tu yang penting. Kuasa boleh buat orang takut, atau hormat pada anda. So which one you're gonna choose? Hari ni saya ter'experience' orang yang menggunakan kuasanya untuk buat subordinates takut. So bila kita dengan tak sengaja berada di teritory dia, semasa dia dalam lingkungan dia yang berkuasa, tempias pun kena kat kita.
Terkejut sekejap, saya tak pernah kena macam tu. And I think I acted very formally depan dia, altho we were friends before he upped his level. Saya rasa saya jaga air muka dia, saya hormat dia. Tapi bila kena macam tu, saya rasa malu. Mungkin saya salah, tapi bahasa yang saya dapat tak padan dengan kesalahan saya. I don't deserve it at all. Mungkin dia bad mood, mungkin dia memang berkarekter pemarah depan subordinates, tapi bukan saya yang ada masalah dengan dia, dan saya tak harus dilayan macam tu. This shows tak kira lah macam mana kenal dengan seseorang, tak kira macam mana rapat la dengan seseorang, you can never guess what he/ she can do to you. You just can't read people anymore.
So this memory will take a while to be forgotten, and even if I ever do, perhaps I won't laugh as much with you macam dulu2. Kena ingat, hierarki kita beza2. And saya harap, saya takkan jadi macam tu. I'Allah.
Regards, Qila
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
So, tell me what you think.