Monday, November 30, 2009

Cook-A-Dee-Doo

Salam :)

Hm, satu hari hujan. Dari pagi jam 7.30 am sampai la sekarang. Brr sejuk! Pagi ni pun Gee yang kejut, ehe da tukar role biasa moi yang kejutkan haha. Dikejutkan awal to salam Ufah before she went to the airport while Gee pun pergi airport jugak. Sending his VVIP. :)

Thinking of having scrambled egg and bread for breakfast, nak jadi orang sedikit putih today kononnya but end up ternampak nasi leftover semalam. So buat nasi goreng black pepper for breakfast. Sent a pic to Gee, saja nak kasi hati panas sikit hahaahah.

Hari ini memang hari untuk saya masak2 sebab it was raining and Ayah tak boleh turun pun dari kereta to buy our lunch. Nasib baik we both(adik and me) had a heavy breakfast so tak kisah sangat ada lunch ke tak. Tapi dalam jam 2, start rasa lapar so buat sardine roll for our lunch and the Parents punya tea. Sukses Sukses! Haha.

Ni sekejap lagi I'm planning to make some cuppies. Gigih! Harap fondant bertahan and tak cair lah pls pls pls!

nota kaki : okay I am starting to sound repetitive tapi I MISS MY BOYFRIEND SO MUCH pls can i have him and at the same time stay at home? And I'll continue missing him until he is right in front of my eyessss. Badly needed the 3G technology tonight pls? Thanx to Celcom yang 3G nya super murah 3G hari2 boleh tak? :D

Regards, Qila

of fondant :)

Salam :)

Baru selesai menguli fondant. Alhamdulillah menjadi although macam a lil lembap. So will leave it for tonight, sambung buat cuppies esok. Maybe sebab buat malam so a lil bit humid buat dia jadi basah. Fondant ni gedik, humid siket mula laa buat jadi berkilat, means dia dah basah la tu. So hoping for a sunny day tomorrow.

Lenguh menguli. Sirius. And i realized if I really want to be a baker, I have to buy an electronic scale. How to measure 12g of liquid glucose using standard scale?? Sangat tak accurate! So start saving oke Aqila! Hee :D

nota kaki : i miss my boyfriend okay. Day 5 dah ni. The longest we have been without seeing each other. 3G doesnot count.

Regards, Qila

Sunday, November 29, 2009

Pixellate heart on your mirror

Salam :)

What a nice way to wake up in the morning, hearing his voice. Ehe. So hari ini bermula dengan HAPPY sekali :) Dengar bunyi hujan pulak, hmmmm bestnya snuggle dalam comforter haha. Hujan tak lama tapi cuaca sekarang very nice, sejuk.

Umi datang beraya and dia pakai tudung 'sulam bayang' cantik sangat, rare lah sebab still baru kot? She said nanti ada kelas ajar buat sulam tu tapi tak sempat nak pergi, I am going back to Perlis on the 2nd, class tu pulak on the 7th and 8th. Yang lagi best, it's F-ing FREE. Argh! Tapi adik ada pergi so I'll ask her to teach me lah nanti kot? Hee :)

Planning today nak buat some pixel thingies, tapi tak tau lagi nak buat bentuk apa. Hehe. Tak pun nak bake cookies or make some cupcakes kalau jadi pergi kedai barang2 kek petang nanti. Nak try buat fondant. By myself. Wah saya sangat konfiden ni! Hahah.

Aktiviti2 yang di plan sementara berada di K. Terengganu :

1. Bake heart-shaped cookies :)
2. Buy Trg thingies utk bawak balik
3. Try buat fondant and cuppies
4. Pixels thingies

Hm, cita2 yang tinggi. Chaiyo2!

Am going out for a while with Ibu and the sisters. Yayyyy.

Regards, Qila

Saturday, November 28, 2009

Kronik-isme

Salam ;)

My current fav song titled 'Fearless' by Taylor Swift.

'Cause I don't know how it gets better than this
You take my hand and drag me headfirst, fearless
And I don't know why but with you I'd dance
In a storm in my best dress, fearless.


Love doesn't get any better than this.

True.


Mementos.

Salam :)

2nd day Raya IdulAdha dan I think tak lambat lagi nak wish ' Selamat IdulAdha pada semua umat Islam :) Btw, sekarang berada di Heaven on earth, obviously my house, since Khamis kemarin. Nothing feels like home, tp kadang2 bila bangun dari tidur petang2 jadi disorientated sket. Nama pun mamai kan? Haha.

So updates, updates! My Mandarin exams sucks, I cant F-ing believe mereka menukar format paper exam tahun ni. Satu soalan, kenapa tahun ni baru tukar?? Dem yu. Tapi oke lah dah setel, keluar awal dari dewan exam sebab dah tak tahan tengok tulisan anak cacing *no offence mmg sangat tak paham*. Call Gee and tgk2 dia ada kat area dewan jugak, temankan kawan buat FYP so bergedik lah bjumpa, dengan bahu yang ringan 100kg sebab finally, my exams are OVER!

Then the next day pergi kelas deco cupcakes dengan Angah merangkap adik Gee dari jam 9pagi sampai 8malam. Puas hati oke. Tu pun dah rushing gila sebab hujan and its already late. Btw utk orang area Utara yang minat pasal cakes and sweet things ni boleh tengok dekat this BLOG for further information :)



Spend some quality time with Gee and then pindahkan barang ke rumah yang akan kitorang stay time cuti sem, obviously untuk FYP hee :D Setel semua tu getting ready untuk balik ke KT. Watched 'Senario', a dissappointment xcept for a few parts, tapi sangat tertarik dengan trailer sebelum mula movie tuh, which is 'Adnan Sempit' in theatres January nanti. Can't wait! Hehe. Alhamdulillah, semua berjalan lancar and I had fun few days before balik tu. Spending time with loved ones memang buat masa jadi cepat.



Oke lah, nak turun pulak, nak menyibuk hehe.

Salam :)

Regards, Qila.

Monday, November 16, 2009

Satu lagi, satu aje.

Salam :)

Selamat paper NDT. Fiuh. Biasa lah, ada yang boleh, ada yang kurang sikit. Tapi Alhamdulillah banyak yang boleh buat. Tak sia2 lah. Lepas ni tgk macam mana result. Fuhhh kupu2 dalam perut ni haha.

So next paper is Mandarin 1, adui. Kelas paling banyak tuang ni. Tapi nanti nak cari sifu2 untuk ajar. Sekarang, nak rehat dulu. Letih mental hehe. Nanti2 start lah, I'm sure I can handle this subject. Whoa sangat konfiden anda Aqilah, bagus bagus. Haha.

Whats exciting is nanti akan ikut kelas decorate cupcakes dengan a new friend, tapi cool sebab share same interest. I'm excited, tak tipu. So looking forward for the class, lagi pulak disponsor oleh ibu so yeah, nothing to lose but soooooo many to gain! :D Boleh lah IdulAdha nanti tunjuk skill yayy! :)

My interest is always in baking, in cooking kurang sikit. Cakes, cupcakes, puddings, biscuits hah stok2 macam tu lah. Kalau masak pun lebih suka buat side dishes, tak berani lagi nak buat yang main dish. Tapi serius dah kena start, I am 21 dah kot? Ehe. Kalau rasa down or tiba2 nak cari kasih sayang selain dari bermanja dengan orang, I prefer masuk dalam bakery atau kedai2 kek. Bau dia.. Nyum. Tak beli pun kadang2, amik bau je, tapi dah boleh buat senyum, boleh buat happy. Tapi sekarang bakery banyak dah packing roti dalam plastik, so dah tak ada bau dah kedai2 ni. Kecewa lah jugak. Tapi nasib baik kat Kangar ni ada 1 bakery, Garden yang bau dia mak aihh, menggoda! Hehe. Kenyang pun boleh jadi lapar balik. Hm, itu namanya nafsu raksasa haha.

Nafsu makan memang macam raksasa sekarang ni, nak makan macam2, kalau habis takpelah jugak. Kadang2 memang habis pun, ni tak sabar nak balik nak tgk komen ibu. Because she will notice if I have dropped or have gained weight. Pagi2 da sampai tu pun dia dah boleh perasan. Rasanya macam maintain, tapi... Wahahahahaahahahaha. Tak kisah lah, hati tengah happyyyyyy :)

Seorang lagi housemate dah nak balik, paper dia da settle. So tinggal 3, including me ada 4 orang. So riuh lagi lah rumah ni kot. Manalah nak tau kalau betul next semester kena tukar semua rumah, dah susah la nak jumpa mereka2 ni. Yang paling rindu mestilah Tiqah n K.wanie, housemates dari 1st year. Hmm.

Dah petang, teringin nak makan cucur. Kelebihan Perlis, cucur udang kuah kacang. Little luxuries in life sometimes means a lot, especially when it is food :D

Till whenever,

Regards, Qila.

Sunday, November 15, 2009

Sing for me my handphone!

Salam :)

Pagi2 da update blog, release tension jap lepas settle mengulang 1 chapter NDT, harap2 ingat la esok. Pls. Ada 24 jam lagi sebelum exam, aku nak gunakan sepenuh2 1 hari ni untuk study. Aku tak nak nanti mengomel cakap 'Susahhh, susahhh!' lps tu risaukan orang lain dengan omelan2 tu. At least bila aku dah berusaha, I'Allah apa yang aku jawab nanti setimpal la dengan apa yang aku belajar. Apa yang jadi lepas tu, kita tawakal.. :)

Tengah tak sedap hati, tak sedap badan. Biasalah lepas buat salah. Haih, seorang yang bernama Aqilah ni tak sah kalau tak tersilap cakap, tersilap langkah, tersilap jerit, tersilap jawab, tersilap paham. Tu la kot punca dia, tersilap paham. Sampai malam td tidur pun terkejut2 extra kronik sket. Siapa yang tau, tau la aku ni jenis tidur camne. Haha. Menakutkan orang lain sebab tidur tak lena. Hee. Hm, susah hati ni, sangat distracting. Yang boleh buat tenang ni cuma amik bau kat kain biru ni lah. Bau wangi.

Kalih tengok kiri roomate da siap packing, tgk katil aku, haha, takde apa pun yang tersusun. Sempat tak ni nak kemas dalam gap beberapa hari ni? Fiuh. I'Allah. Pernah je 2 semester lepas, petang nak gerak ke KLIA untuk China Trip aku start packing pagi tuh. 6-7 kali ulang turun blok sambil bawak beg plastik size jumbo jet, sampai China terus demam. Haha. Ni takpelah, kalau demam pun at least kat rumah. :)

Cuaca kat kolej mendung. Sesuai dengan mood. Mood nak tido, tergolek atas katil langsung takde, sebab dah buat janji nak study, semalam dah makan angin kembung baik punya, so hari ni kena extra struggle. Kalau tak, tak guna lah reward semalam. So, babai dulu untuk blog, hellooooooooo back at cha NDT!

p/s : After a longggggg time, semalam terngomong indo secara tak sengaja. Haha. Bila kena tegur hmmm rasa panas plak pipi, walau tak naik merah. Grr.

Ala, tiba2 lapar plak. Hee :)

Regards, Qila.

Saturday, November 14, 2009

Entri Pertama.

Dengan lafaz Bismillah, I'm starting a new blog, after the last one went haywire and being me, terlupa password dia. Good job, Qila, good job. Sayang tak sayang lah, 1year plus punya cerita, tapi nak buat camne, sabar je la. :)

So purpose buat blog baru is I secretly missed writing(ahem macam la slalu update ni haish), and i wanted to remember my last sem in my Uni, mainly me doing my Final Year Project. Kita tengok my progress oke, rajin tak rajin, malas tak malas. Tu la sengaja tahan tak start awal2, dah nak habis semester baru buat dan I'Allah, blog ni utk public views dan blog terakhir. Lepas ni kalau lupa password lagi, bolayannnn.

Kondisi sekarang tengah sakit kepala, baca Non Destructive Testing.. Semua macam okayy lah tapi siapa tahu time exam nanti apa nak keluar ye dak? So sekarang mencuba untuk prepare supaya lepas exam tak de lah cakap 'Demmmmm baca kot part tu tapi asal baca macam main2 jeeee..'. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian, kau tanggung la sendiri haha.

Kondisi lain2 Alhamdulillah, sihat walafiat zahir dan batin, mental dan fizikal. Rindu kat rumah, family, kat bilik sendiri, kat screamyx(haha), rindu kat kawan2, rindu kat udara KT. Nasib baik I'm going home this IdulAdha, terlepas la sekejap rindu kat mereka2 di sana. I'Allah.

Sedar tak sedar 1 semester dah nak habis. Suka, duka semua ada lah. Benda2 yang mematangkan aku dan orang2 sekeliling. Camni la hidup, everyday kita belajar benda baru. Everyday kita buat benda baru. Makes life interesting, kan? So i always remind myself, jangan lah kita menyesal kalau buat something, jangan kita question ourselves why we do the things we do, sebab bila kita menyesal, benda tu akan jadi salah, dan bila kita question ourselves, kita jadi ragu2. Buat la something sebab kita yakin, sebab kita da fikir masak2. And kalau it didnt work out, well, move on. Mungkin we were not meant for it. Oke, mungkin orang akan kata ayat pasrah(haha) tapi so what? Kita je rasa apa yang kita rasa so its up to us la nak sedapkan hati macam mana.

Fuhh ni entry pertama yang panjang boleh tahan jugak ni. Berhenti dulu, sambung NDT sekejap. I'Allah nanti ketemu lagi, ehe. Salam :)

Regards, Qila.