Thursday, December 31, 2009

Hello, Goodbye

Salam. :)

Berada di detik2 terakhir 2009. Bittersweet experiences yang saya dapat tahun ni. Tapi banyak mengajar untuk jadi lebih bersyukur dan berterima kasih. Jadi lebih matured. Alhamdulillah.

Tahun ni accomplishment boleh tahan banyak, Alhamdulillah. Berjaya tamatkan LI, berjaya hidup di tempat orang selama hampir 4 bulan walaupun dihantar ke negara serumpun iaitu ke Jakarta,Indonesia, tapi banyak pengajaran yang dapat. It was a blast. Menjadi pelajar tahun akhir, belajar buat cupcake!(one of my highlights!), naik rollercoaster pertama dalam hidup. Patah hati. Ketemu soulmate. Pengakuan terbuka kat the Parents. Banyak sangat. Hehe.

Tahun ni kita dah tak boleh nak ubah, tahun depan yang tinggal berapa detik je nak sampai tu kita still boleh corak. Wishing everyone a happy new year and a great year ahead. Wish me the same too. See you in 2010. :)

Regards, Qila

bitterheart

Salam :|

Bitter heart, my bitter heart, is getting just a little fragile..

Yea, that's what I am feeling right now. Fragile. The feeling when you feel your feet is cold and your stomach is so empty. Your heart macam kena crushed by someone's hand and you're head is killing you. Please jangan cakap I am having a nervous breakdown. Really don't need this. Please go away oke. :(

Regards, Qila

Wednesday, December 30, 2009

the cubes!

Salam :|

It was a hectic day for me. Bancuh 5 cubes and a half of concrete cubes, sweatyyy. Haha. Padahal bukan berat sangat pun kerja tu. Dulu pernah buat lagi teruk kot? Haha. Dah manja badan ni, jadi camni laa. Haha. So settle la trial batch for my project. Dapat homework, tapi macam susah je nak buat. So esok nak tanya supervisor macam mana nak buat. Manja lagi haha. What to do? Hee.

Petang pergi pasar malam dengan girlfriends, best! Hehe dah lama tak pergi, jamu mata tengok makanan, tapi x beli pun.. Haha. Makan kat kedai gak last2. Kenyang.

So tomorrow rutin hari ini akan ulang lagi. So yeah, esok akan busy lagi! Layan lah. :)

Regards, Qila

Tuesday, December 29, 2009

Back and Forth

Salam :)

Hm. Hari ini hari produktif hehe. Selesai buat 2 solution yang berkepekatan 10M dan 14M utk guna dalam projek esok. Yay. Pastu mengangkut beg kat bilik stor, letih. Tangan merah2, ouch! Rehat kejap then turun balik jumpa Naz, kasi Tenten kat dia. Tenten is my camera so Ill be camera-less for a few days lah. Bertabah. Sila pakai camera Nokia sahaja hee.

Berbelanja sakan beli cadar hijau *i like* dan juga fleece blanket hehe. My splurge of the month. Tapi senang hati tengok bilik sangat menggoda, making me wanna spend A LOT of time here studyi.. ehem, sleeping. :D So all in all, its been a long, productive day. Banyak benda settle and the best part is I get to spend the day with the girlfriends. Sukaaaaa. Hehehe. Im cherishing these moments sebab I know later dah tak ada masa sangat nak spend time, we all will be soooo busy doing our projects and stuffs. So yea times like these la nak sembang, bergurau and have heart to heart talks. Walaupun I know, Ill be the one yang akan datang tanpa diundang untuk ajak diorang bersembang. Hahaha. I admit, I love to talk. TALK TALK TALK haha. So tak kira masa je pergi jumpa diorang, panjat tangga, panjat blok, SAYA SANGGUP hehe.

Malam ni dinner nasi goreng sotong, nyummmm. Tapi sabar ye perut, kita mandi dulu, bersih2 badan only then kita makan orait? Hehe. Nak baca buku sikit malam ni. Sikit je hehe. Till then :)

Regards, Qila

Monday, December 28, 2009

Welcoming

Salam :)

Sekarang kat kolej dah. Secara rasminya bermula semester baru. Kelas banyak tak start lagi. Next week baru semua full throttle kot. Baru hari ni berkemas rumah baru selepas melalui weekend yang boleh tahan busy. Here there and everywhere. Haha. Tapi fun :) Ni masih tak cukup tidur, i seriously need to sleep, tomorrow class at 8am. Fiuh.

Lepas terbiasa dengan rutin semasa cuti, which is pagi ke lab until petang, lepas tu buat apa suka2 hati, tak kisah esok ada kelas atau tak.. Sekarang, no more. I have my commitment and so does everyone else. Sabar untuk 1 semester, untuk happiness seumur hidup. :) Kena biasakan diri dengan menjadi busy lah to take my mind off things. Especially him. Hehe.

So back to being a fulltime student, focus qila, focus!! Takde masa dah. All out! Hahah.

p/s : Teringin makan dadih beli kat petronas. nyumx. nak lagi!

Regards, Qila

Tuesday, December 22, 2009

Confessions #1

Salam :|

Hmm. Lagi beberapa hari lagi nak mula semestar baru. Semester 8. Semester akhir. Preparation untuk bukak sem dah buat, daftar subjek untuk semester akhir. Agak berat sikit jam kredit semester ni, sebab nak patch up kesilapan2 semester2 lepas. Harap2 berjaya lah kesilapan2 tu di ganti. Kasi skrol nampak cantik sikit. Walaupun jam kredit lagi banyak dari kawan2, Alhamdulillah masih banyak jugak time free. Biasalah, pelajar Tahun Akhir sepatutnya cuma concentrate untuk FYP, tapi saya ni yang dari awal main-main, jadi macam ni lah. Orang lain ada hari free, saya kena pergi kelas jugak. Takpe, at least ada reason nak pergi lab. :)

Sembang dengan ibu, cakap yang semester ni rasa macam sangat fragile. Cuba buat satu silap, boleh buat semua benda yang saya usahakan selama ni hancur. Harapan nak grad dengan kawan-kawan, harapan nak buat parents saya bangga, harapan nak balas jasa orang yang banyak berbudi.. Saya harus extra careful untuk semester ini. Kena jaga diri, kena jaga pelajaran, kena jaga hati. I have been working hard (okay, mungkin tak se-hard mana but still.. ) for a degree, so I wont let myself buat main2 lagi. Fuhh. Dah siap pesan kat kawan2, kalau saya buat main2, bleter depan muka and ingat kan tentang silap saya yang satu tuh. Sure saya dengar cakap diorang hahah.

Yang saya nak sekarang adalah memakai robe warna biru bersama dengan orang2 tersayang. I'Allah.

Regards, Qila

Monday, December 21, 2009

:)

Salam :)

Hari ni agak happy sebab 2 masalah besar selesai. Lega kepala ni. Ni pun selesai sebab kena push dengan Gee supaya cepat2 settle kan. And bila settle, I am so happy oke. :)

Officially missing my boyfriend although it has only been 3 hours since he dropped me off. Rindu lahhh.

him.

Regards, Qila

Saturday, December 19, 2009

Fuh.

Salam. :(

Seminggu lepas perasaan ada macam2. Mixed feeling. Macam cocktail. Cuma tak secantik cocktail je bentuknya. Memang boleh handle, tapi akhir2 aku breakdown jugak.Menangis 2-3 round. Sebab banyak sangat benda nak fikir. Otak jadi full. Tepu.

Letih lah. Sekejap2 happy, sekejap2 tak. Hidup nih. Im trying to see things the way i had been seeing all my life. Glass is always half full, always look on the bright side of life. Tapi at this moment, mcm tak boleh. Nak ikut hati macam nak stop everything. Gila ka? Pemikiran orang akal pendek. Haha. Tau pun jwb mcm ni. Qila, qila. Sebab ingat kat family, ingat kat orang yang support aku jadilah kuat sikit.

Ntahlah.

Regards, Qila

Thursday, December 10, 2009

Grr.

Salam ;)

Dah seminggu di Perlis. Selalu pergi lab walaupun tak start lagi projek. Ikut kawan2 sebab bosan kat kolej, dan juga nak ketemu dengan Gee ehe. Sambil menyelam minum air liur laa haha.

Well kolej still kosong, tapi lab penuh macam hari kelas biasa. Cool. Happening gila walau cuti sebenarnya ada plus minus 2 minggu lagi. Wah 4th year second sem menjelma. Saya dan kawan2 akan jadi pelajar sem 8. Our F-ing last sem. Waaaaaa!! :D

Dan kurang lebih 20 hari lagi untuk melangkah ke 2010. Banyak yang berubah. Siapa sangka kan? Setahun yang penuh dugaan, cabaran. Fiuh. Mengharapkan sangat 2010 yang lebih baik dari 2009. Cuma nak yang terbaik untuk saya dan orang2 tersayang. :)

nota kaki : sangat comel bf saya pakai seluar kotak2 kain pelikat tu. i melted. hee

Regards, Qila

Wednesday, December 2, 2009

Bye-bye.

Salam :)

3 hari hujan lebat. Baru saya tau maksud ibu bila ibu cakap hujan non-stop di Kuala Terengganu. Memang non-stop. Hari ni baru serik sikit hujan. Harap2 bertahan lah cuaca ni, sebab malam ni saya nak balik Perlis! Closer to friends, closer to Gee tapi few hundreds kilometres away from my family. *sigh* Tak puas lagi tau! :(

So semua target semasa di rumah dah tercapai.. I made fondant by myself, I bake cuppies for the Parents, I bake cookies(walaupun tak heart shaped tapi nevermind lah!), bought Terengganu thingies and I made some pixel arts. Tak lah artsy fartsy sangat haha :p Target is achieved, Im happy! :)

Semalam melantak KFC for dinner, ramai oke, beratur panjang nak mampus, tambah plak sejukkk gila. Terorder iced lemon tea yang berais, kena tegur dengan ibu and ayah. We're not allowed iced drinks time2 macam ni. First sebab nak elak kena TAUN and second sebab kitorang senang kena batuk hujan2 camni. Ehe so elakkan minuman berais ye. :)

Baru selesai mengemas, fiuh. Part paling dibenci setiap kali nak pergi mana2. I tend to over pack sebab rasa semua nak bawak. Mula la beg banyak. Mula la terpikir macam mana nak angkut semua ni pagi esok balik kolej. Huaaaaa :(

Yang penting I had a great time balik ni. My family was complete for Raya, we had great fun dining and stuffs and I had rest. Cool enough. So maybe tak balik sampai buka semester and the nearest holiday which is Christmas tapi I doubt Ill go home sebab tiket mesti cepat habis. Phew. Malas oke nak berebut kat kaunter. Lagipun tiket PERGI sahaja costs me RM57. My duit makan for a week. Balik pun jadi makin letih je, it takes 8 hours to reach KT.

So wish me safe journey, and Ill write from Perlis insyaAllah tomorrow. :)

Regards, Qila

Monday, November 30, 2009

Cook-A-Dee-Doo

Salam :)

Hm, satu hari hujan. Dari pagi jam 7.30 am sampai la sekarang. Brr sejuk! Pagi ni pun Gee yang kejut, ehe da tukar role biasa moi yang kejutkan haha. Dikejutkan awal to salam Ufah before she went to the airport while Gee pun pergi airport jugak. Sending his VVIP. :)

Thinking of having scrambled egg and bread for breakfast, nak jadi orang sedikit putih today kononnya but end up ternampak nasi leftover semalam. So buat nasi goreng black pepper for breakfast. Sent a pic to Gee, saja nak kasi hati panas sikit hahaahah.

Hari ini memang hari untuk saya masak2 sebab it was raining and Ayah tak boleh turun pun dari kereta to buy our lunch. Nasib baik we both(adik and me) had a heavy breakfast so tak kisah sangat ada lunch ke tak. Tapi dalam jam 2, start rasa lapar so buat sardine roll for our lunch and the Parents punya tea. Sukses Sukses! Haha.

Ni sekejap lagi I'm planning to make some cuppies. Gigih! Harap fondant bertahan and tak cair lah pls pls pls!

nota kaki : okay I am starting to sound repetitive tapi I MISS MY BOYFRIEND SO MUCH pls can i have him and at the same time stay at home? And I'll continue missing him until he is right in front of my eyessss. Badly needed the 3G technology tonight pls? Thanx to Celcom yang 3G nya super murah 3G hari2 boleh tak? :D

Regards, Qila

of fondant :)

Salam :)

Baru selesai menguli fondant. Alhamdulillah menjadi although macam a lil lembap. So will leave it for tonight, sambung buat cuppies esok. Maybe sebab buat malam so a lil bit humid buat dia jadi basah. Fondant ni gedik, humid siket mula laa buat jadi berkilat, means dia dah basah la tu. So hoping for a sunny day tomorrow.

Lenguh menguli. Sirius. And i realized if I really want to be a baker, I have to buy an electronic scale. How to measure 12g of liquid glucose using standard scale?? Sangat tak accurate! So start saving oke Aqila! Hee :D

nota kaki : i miss my boyfriend okay. Day 5 dah ni. The longest we have been without seeing each other. 3G doesnot count.

Regards, Qila

Sunday, November 29, 2009

Pixellate heart on your mirror

Salam :)

What a nice way to wake up in the morning, hearing his voice. Ehe. So hari ini bermula dengan HAPPY sekali :) Dengar bunyi hujan pulak, hmmmm bestnya snuggle dalam comforter haha. Hujan tak lama tapi cuaca sekarang very nice, sejuk.

Umi datang beraya and dia pakai tudung 'sulam bayang' cantik sangat, rare lah sebab still baru kot? She said nanti ada kelas ajar buat sulam tu tapi tak sempat nak pergi, I am going back to Perlis on the 2nd, class tu pulak on the 7th and 8th. Yang lagi best, it's F-ing FREE. Argh! Tapi adik ada pergi so I'll ask her to teach me lah nanti kot? Hee :)

Planning today nak buat some pixel thingies, tapi tak tau lagi nak buat bentuk apa. Hehe. Tak pun nak bake cookies or make some cupcakes kalau jadi pergi kedai barang2 kek petang nanti. Nak try buat fondant. By myself. Wah saya sangat konfiden ni! Hahah.

Aktiviti2 yang di plan sementara berada di K. Terengganu :

1. Bake heart-shaped cookies :)
2. Buy Trg thingies utk bawak balik
3. Try buat fondant and cuppies
4. Pixels thingies

Hm, cita2 yang tinggi. Chaiyo2!

Am going out for a while with Ibu and the sisters. Yayyyy.

Regards, Qila

Saturday, November 28, 2009

Kronik-isme

Salam ;)

My current fav song titled 'Fearless' by Taylor Swift.

'Cause I don't know how it gets better than this
You take my hand and drag me headfirst, fearless
And I don't know why but with you I'd dance
In a storm in my best dress, fearless.


Love doesn't get any better than this.

True.


Mementos.

Salam :)

2nd day Raya IdulAdha dan I think tak lambat lagi nak wish ' Selamat IdulAdha pada semua umat Islam :) Btw, sekarang berada di Heaven on earth, obviously my house, since Khamis kemarin. Nothing feels like home, tp kadang2 bila bangun dari tidur petang2 jadi disorientated sket. Nama pun mamai kan? Haha.

So updates, updates! My Mandarin exams sucks, I cant F-ing believe mereka menukar format paper exam tahun ni. Satu soalan, kenapa tahun ni baru tukar?? Dem yu. Tapi oke lah dah setel, keluar awal dari dewan exam sebab dah tak tahan tengok tulisan anak cacing *no offence mmg sangat tak paham*. Call Gee and tgk2 dia ada kat area dewan jugak, temankan kawan buat FYP so bergedik lah bjumpa, dengan bahu yang ringan 100kg sebab finally, my exams are OVER!

Then the next day pergi kelas deco cupcakes dengan Angah merangkap adik Gee dari jam 9pagi sampai 8malam. Puas hati oke. Tu pun dah rushing gila sebab hujan and its already late. Btw utk orang area Utara yang minat pasal cakes and sweet things ni boleh tengok dekat this BLOG for further information :)



Spend some quality time with Gee and then pindahkan barang ke rumah yang akan kitorang stay time cuti sem, obviously untuk FYP hee :D Setel semua tu getting ready untuk balik ke KT. Watched 'Senario', a dissappointment xcept for a few parts, tapi sangat tertarik dengan trailer sebelum mula movie tuh, which is 'Adnan Sempit' in theatres January nanti. Can't wait! Hehe. Alhamdulillah, semua berjalan lancar and I had fun few days before balik tu. Spending time with loved ones memang buat masa jadi cepat.



Oke lah, nak turun pulak, nak menyibuk hehe.

Salam :)

Regards, Qila.

Monday, November 16, 2009

Satu lagi, satu aje.

Salam :)

Selamat paper NDT. Fiuh. Biasa lah, ada yang boleh, ada yang kurang sikit. Tapi Alhamdulillah banyak yang boleh buat. Tak sia2 lah. Lepas ni tgk macam mana result. Fuhhh kupu2 dalam perut ni haha.

So next paper is Mandarin 1, adui. Kelas paling banyak tuang ni. Tapi nanti nak cari sifu2 untuk ajar. Sekarang, nak rehat dulu. Letih mental hehe. Nanti2 start lah, I'm sure I can handle this subject. Whoa sangat konfiden anda Aqilah, bagus bagus. Haha.

Whats exciting is nanti akan ikut kelas decorate cupcakes dengan a new friend, tapi cool sebab share same interest. I'm excited, tak tipu. So looking forward for the class, lagi pulak disponsor oleh ibu so yeah, nothing to lose but soooooo many to gain! :D Boleh lah IdulAdha nanti tunjuk skill yayy! :)

My interest is always in baking, in cooking kurang sikit. Cakes, cupcakes, puddings, biscuits hah stok2 macam tu lah. Kalau masak pun lebih suka buat side dishes, tak berani lagi nak buat yang main dish. Tapi serius dah kena start, I am 21 dah kot? Ehe. Kalau rasa down or tiba2 nak cari kasih sayang selain dari bermanja dengan orang, I prefer masuk dalam bakery atau kedai2 kek. Bau dia.. Nyum. Tak beli pun kadang2, amik bau je, tapi dah boleh buat senyum, boleh buat happy. Tapi sekarang bakery banyak dah packing roti dalam plastik, so dah tak ada bau dah kedai2 ni. Kecewa lah jugak. Tapi nasib baik kat Kangar ni ada 1 bakery, Garden yang bau dia mak aihh, menggoda! Hehe. Kenyang pun boleh jadi lapar balik. Hm, itu namanya nafsu raksasa haha.

Nafsu makan memang macam raksasa sekarang ni, nak makan macam2, kalau habis takpelah jugak. Kadang2 memang habis pun, ni tak sabar nak balik nak tgk komen ibu. Because she will notice if I have dropped or have gained weight. Pagi2 da sampai tu pun dia dah boleh perasan. Rasanya macam maintain, tapi... Wahahahahaahahahaha. Tak kisah lah, hati tengah happyyyyyy :)

Seorang lagi housemate dah nak balik, paper dia da settle. So tinggal 3, including me ada 4 orang. So riuh lagi lah rumah ni kot. Manalah nak tau kalau betul next semester kena tukar semua rumah, dah susah la nak jumpa mereka2 ni. Yang paling rindu mestilah Tiqah n K.wanie, housemates dari 1st year. Hmm.

Dah petang, teringin nak makan cucur. Kelebihan Perlis, cucur udang kuah kacang. Little luxuries in life sometimes means a lot, especially when it is food :D

Till whenever,

Regards, Qila.

Sunday, November 15, 2009

Sing for me my handphone!

Salam :)

Pagi2 da update blog, release tension jap lepas settle mengulang 1 chapter NDT, harap2 ingat la esok. Pls. Ada 24 jam lagi sebelum exam, aku nak gunakan sepenuh2 1 hari ni untuk study. Aku tak nak nanti mengomel cakap 'Susahhh, susahhh!' lps tu risaukan orang lain dengan omelan2 tu. At least bila aku dah berusaha, I'Allah apa yang aku jawab nanti setimpal la dengan apa yang aku belajar. Apa yang jadi lepas tu, kita tawakal.. :)

Tengah tak sedap hati, tak sedap badan. Biasalah lepas buat salah. Haih, seorang yang bernama Aqilah ni tak sah kalau tak tersilap cakap, tersilap langkah, tersilap jerit, tersilap jawab, tersilap paham. Tu la kot punca dia, tersilap paham. Sampai malam td tidur pun terkejut2 extra kronik sket. Siapa yang tau, tau la aku ni jenis tidur camne. Haha. Menakutkan orang lain sebab tidur tak lena. Hee. Hm, susah hati ni, sangat distracting. Yang boleh buat tenang ni cuma amik bau kat kain biru ni lah. Bau wangi.

Kalih tengok kiri roomate da siap packing, tgk katil aku, haha, takde apa pun yang tersusun. Sempat tak ni nak kemas dalam gap beberapa hari ni? Fiuh. I'Allah. Pernah je 2 semester lepas, petang nak gerak ke KLIA untuk China Trip aku start packing pagi tuh. 6-7 kali ulang turun blok sambil bawak beg plastik size jumbo jet, sampai China terus demam. Haha. Ni takpelah, kalau demam pun at least kat rumah. :)

Cuaca kat kolej mendung. Sesuai dengan mood. Mood nak tido, tergolek atas katil langsung takde, sebab dah buat janji nak study, semalam dah makan angin kembung baik punya, so hari ni kena extra struggle. Kalau tak, tak guna lah reward semalam. So, babai dulu untuk blog, hellooooooooo back at cha NDT!

p/s : After a longggggg time, semalam terngomong indo secara tak sengaja. Haha. Bila kena tegur hmmm rasa panas plak pipi, walau tak naik merah. Grr.

Ala, tiba2 lapar plak. Hee :)

Regards, Qila.

Saturday, November 14, 2009

Entri Pertama.

Dengan lafaz Bismillah, I'm starting a new blog, after the last one went haywire and being me, terlupa password dia. Good job, Qila, good job. Sayang tak sayang lah, 1year plus punya cerita, tapi nak buat camne, sabar je la. :)

So purpose buat blog baru is I secretly missed writing(ahem macam la slalu update ni haish), and i wanted to remember my last sem in my Uni, mainly me doing my Final Year Project. Kita tengok my progress oke, rajin tak rajin, malas tak malas. Tu la sengaja tahan tak start awal2, dah nak habis semester baru buat dan I'Allah, blog ni utk public views dan blog terakhir. Lepas ni kalau lupa password lagi, bolayannnn.

Kondisi sekarang tengah sakit kepala, baca Non Destructive Testing.. Semua macam okayy lah tapi siapa tahu time exam nanti apa nak keluar ye dak? So sekarang mencuba untuk prepare supaya lepas exam tak de lah cakap 'Demmmmm baca kot part tu tapi asal baca macam main2 jeeee..'. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian, kau tanggung la sendiri haha.

Kondisi lain2 Alhamdulillah, sihat walafiat zahir dan batin, mental dan fizikal. Rindu kat rumah, family, kat bilik sendiri, kat screamyx(haha), rindu kat kawan2, rindu kat udara KT. Nasib baik I'm going home this IdulAdha, terlepas la sekejap rindu kat mereka2 di sana. I'Allah.

Sedar tak sedar 1 semester dah nak habis. Suka, duka semua ada lah. Benda2 yang mematangkan aku dan orang2 sekeliling. Camni la hidup, everyday kita belajar benda baru. Everyday kita buat benda baru. Makes life interesting, kan? So i always remind myself, jangan lah kita menyesal kalau buat something, jangan kita question ourselves why we do the things we do, sebab bila kita menyesal, benda tu akan jadi salah, dan bila kita question ourselves, kita jadi ragu2. Buat la something sebab kita yakin, sebab kita da fikir masak2. And kalau it didnt work out, well, move on. Mungkin we were not meant for it. Oke, mungkin orang akan kata ayat pasrah(haha) tapi so what? Kita je rasa apa yang kita rasa so its up to us la nak sedapkan hati macam mana.

Fuhh ni entry pertama yang panjang boleh tahan jugak ni. Berhenti dulu, sambung NDT sekejap. I'Allah nanti ketemu lagi, ehe. Salam :)

Regards, Qila.