Hari ni puasa, iAllah nak puasa all week and mestilah teringin makan mcm2 kan..
So free sket kat office google la sambal bilis sebab teringin nak makan dgn kurma ayam ptg nnt :)
Sambal Bilis dan Kentang :
4 biji kentang
1 cawan ikan bilis belah
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan madu (option)
Minyak utk menggoreng & menumis
_____________________________________
- Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
- Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
- Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
- Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang
- SELAMAT MENCUBA
Kentang tu kalau sagat halus2 and crispy mesti lagi best! Ni yg seronok buat sambal sebab hari tu gigih buat cili boh sendiri. Cili boh jual kat sini semua pucat2. Dontch likeeee. :( So beli cili kering kat Giant, rendam dgn air suam, blend dengan bawang besar, bawang putih and sedikit halia bagi wangi. Garam masuk secubit. Tak payah banyak sebab nnt masak tambah garam lagi.. :) Puas ati tgk warna merah menyala cili boh buatan sendiri. Pedas plak tu. Terangkatttt.
Oke, sambung keje, kang nak balik on time katenye. Mak kena masak untuk anak2 ikan kat rumah. Hee.
Regards, Qila
No comments:
Post a Comment
So, tell me what you think.